|
UTAMA PROFIL METODOLOGI PROGRAM PERUNDING PELANGGAN |

|
ASASINSAN Resources & Training 1495566-V Perunding dan Penyedia Program Latihan dan Motivasi |
|
AsasInsan Resources & Training atau singkatannya AsasInsan, merupakan perunding latihan dan motivasi yang berstatus bumiputera sepenuhnya dan berdaftar sebagai penyedia latihan dengan Kementerian Kewangan Malaysia. Sejak ditubuhkan pada 2004, kami telah membangunkan pelbagai produk latihan pembangunan insan untuk tiga segmen utama kelompok sasaran iaitu Progam Motivasi Eksekutif, Program Motivasi Siswa dan Program Motivasi Pelajar. Bertunjangkan falsafah membangunkan tiga asas potensi insan iaitu akal, rohani dan jasmani, kami telah memberi manfaat kepada lebih 20,000 individu di seluruh negara dari utara tanahair sehingga ke Sabah melalui pengendalian pelbagai program motivasi yang berbeza dari segi pendekatan dan berimpak tinggi. Dengan kepakaran dan pengalaman lebih 10 tahun pasukan perunding kami, kami komited dan akan terus membantu menyingkap rahsia potensi individu dan memperkasa organisasi dalam usaha masing-masing mencipta perubahan positif ke arah melahirkan modal insan berkualiti tinggi sejajar dengan motto kami Memudahcara Perubahan. Dengan dokongan ampuh pasukan perunding dan kakitangan serta sokongan berterusan pelanggan dan bakal pelanggan, kami optimis berada di landasan tepat untuk menjadi rakan strategik pilihan untuk program pembangunan insan dan organisasi di Malaysia, InsyaAllah. |
|
Komited memudahcara perubahan |
|
Misi Korporat |
|
Menjana pembangunan insan yang bertaqwa, seimbang dan berkualiti tinggi dengan menyediakan program latihan dan motivasi yang berkualiti melalui kerjasama dengan pelbagai agen pencorak masyarakat seperti institusi pendidikan, institusi sosial, organisasi korporat, badan kerajaan dan sebagainya. |

|
03.8922.2934 |
|
Hubungi kami hari ini |
|
5 Paparan Terbaik dengan Internet Explorer 8. 8 Janaan NetKL Network. © AsasInsan Resources & Training 2010. Semua Hakcipta Terlindung. |
|
UTAMA PROFIL METODOLOGI PROGRAM PERUNDING PELANGGAN |

