|
UTAMA PROFIL METODOLOGI PROGRAM PERUNDING PELANGGAN |
|
ASASINSAN Resources & Training 1495566-V Perunding dan Penyedia Program Latihan dan Motivasi |
|
Pendekatan berbeza dan metodologi berimpak tinggi |
|
03.8922.2934 |
|
Hubungi kami hari ini |

|
5 Paparan Terbaik dengan Internet Explorer 8. 8 Janaan NetKL Network. © AsasInsan Resources & Training 2010. Semua Hakcipta Terlindung. |
|
UTAMA PROFIL METODOLOGI PROGRAM PERUNDING PELANGGAN |

|
PROGRAM MOTIVASI EKSEKUTIF Memfokus kepada peningkatan motivasi dan pembangunan kendiri kakitangan organisasi dari kumpulan pengurusan tertinggi sehingga pekerja sokongan. Membantu peserta menukar tabiat diri kelas dua yang selama ini melambatkan perkembangan mereka dan memberi kesan kepada organisasi kepada tabiat diri kelas tinggi yang boleh mengubah pelbagai aspek dalam kehidupan mereka. Tuntas, membentuk budaya dan iklim kerja yang ceria, dinamik dan produktif yang akan memudahkan proses pencapaian matlamat organisasi. KLIMAK KETUA KLIMAK PEKERJA KLIMAK IBADAH __________________________________________________________________________________________ PROGRAM MOTIVASI SISWA Memfokus kepada pembangunan kemahiran insaniah (soft skills) mahasiswa institusi pengajian tinggi awam dan swasta dari peringkat sijil sehingga ijazah pertama. Bertujuan menyedarkan, mendedahkan dan melatih mahasiswa dan bakal graduan berkenaan realiti, cabaran dan keperluan persediaan menghadapi alam kerjaya yang sangat kompetitif. Ia sejajar dengan saranan kerajaan agar institusi pengajian tinggi di negara ini mendedahkan mahasiswa dengan pelbagai kemahiran insaniah bagi meningkatkan tahap employability dan mengurang kadar pengangguran graduan. SUREHIRED!-PERANCANGAN KERJAYA SUREHIRED!-PERSEDIAAN GRADUAN STYLE@CAMPUS __________________________________________________________________________________________ PROGRAM MOTIVASI PELAJAR Memfokus kepada pembangunan kendiri remaja khususnya pada peringkat usia perkembangan kritikal (12-17 tahun). Dengan pengalaman lebih 15 tahun mengendalikan program remaja, kami membantu ibu bapa, sekolah dan pihak-pihak prihatin memperkasa pembangunan sakhsiah, rohani, jatidiri dan intelek remaja yang seimbang. Fokus utama kami ialah membimbing golongan remaja/pelajar mengenal potensi diri, kekuatan, minat dan kaedah sesuai untuk diri mereka dalam usaha menjadi anak, pelajar dan remaja yang terbaik dalam satu masa yang sama. |

